BILIK AKSES SKDS

SKDrSulaiman

PERATURAN PENGGUNAAN KOMPUTER

ETIKA PENGGUNAAN INTERNET

Adalah menjadi kesalahan untuk :

1. Menyalur sebarang bahan haram, lucah, mengancam, menekan, mengugut, menghina, menfitnah atau menabur perasaan benci sesama rakyat Malaysia atau luar negara.
2. Menggalakkan perilaku yang boleh menyebabkan kekacauan dan ketegangan di dalam dan di luar negara serta perlanggaran undang-undang Malaysia dan antarabangsa.
3. Menganjur perbuatan yang boleh membahayakan individu, organisasi atau masyarakat secara keseluruhannya.
4. Menggalakkan, membangunkan atau menjalankan aktiviti haram seperti skim cepat kaya, skim piramid dan surat berantai dan lain-lain aktiviti yang dilarang oleh Perlembagaan Malaysia.
5. E-mel.
a. Menghantar iklan yang tidak dikehendaki (unsolicited advertisement / spam) atau sebarang bentuk amalan perdagangan yang mengelirukan (deceptive marketing).
b. Melakukan pengeboman e-mel (mail bombing); iaitu secara sengaja membanjiri e-mel seseorang dengan menghantar e-mel yang sama atau bersaiz besar.
c. Menghantar mesej yang sama atau serupa kepada banyak kumpulan berita (newsgroup). Perbuatan ini juga dikenali sebagai newsgroup spam.
d. Memalsukan e-mel (forged headers) bagi tujuan mengelirukan penerima.
e. Melakukan aktiviti haram seperti mengambil, menyimpan dan mengedar harta intelek, paten, rahsia perdagangan atau bahan yang dilindungi hak ciptanya atau bahan yang salah di sisi undang-undang negara dan antarabangsa.
6. Menceroboh (hacking) sistem pengguna individu, kumpulan atau organisasi yang lain. Perbuatan berikut dianggap sebagai pencerobohan :
a. Memasuki secara haram atau menyebabkan kesulitan kepada komputer atau rangkaian komputer milik orang lain.
b. Menghalang identiti pengesahan pengguna atau ciri-ciri keselamatan mana-mana komputer atau rangkaian milik orang lain.
c. Menyebabkan gangguan perkhidmatan kepada komputer host (to crash the host).
7. Memberi maklumat yang salah dan tidak benar pada sebarang borang, kontrak atau permohonan atas talian, termasuk memalsukan nombor kad kredit.
8. Melaksanakan sebarang bentuk pemantauan rangkaian (network monitoring) bagi mencuri atau memintas data yang bukan ditujukan kepadanya.

Read More......

Kursus LDK April 2009 daripada BTPNNS di bilik Akses SKDRS

Oracle Think Quest


LDP Oracle Think Quest

Dunia pada hari ini merupakan dunia penuh cabaran. Justeru itu perubahan paradigma khususnya golongan pendidik perlulah sentiasa dijana mindanya untuk menambahkan pengetahuan dan menangani cabaran yang ada pada masa kini.

Pada masa ini kemahiran tentang penggunaan komputer masih kurang di kalangan guru .

Membuka minda guru untuk melihat betapa pentingnya
penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam P&P melalui penggunaan Oracle Think .

Memberi pendedahan kepada guru – guru peranan yang dimainkan oleh pihak Oracle dalam membantu guru- guru dan murid – murid kemahiran ICT .

RASIONAL

Mutu perkhidmatan guru perlu ditingkatkan dari semasa ke semasa
selaras dengan perkembangan perkembangan perkidmatan pendidikan yang memerlukan guru-guru yang berilmu pengetahuan yang tinggi dan serba boleh.


Bekerja dalam satu pasukan amat perlu diambil perhatian agar warga sekolah ini dapat berpadu tenaga dan kepakaran bagi melahirkan golongan guru-guru yang cemerlang dalam semua bidang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

MATLAMAT

Meningkatkan pengetahuan dan pemahaman guru terhadap kepentingan penggunaan teknologi dalam melaksanakan P&P..

OBJEKTIF

Memberikan pendedahan kepada golongan pendidik tentang perkara-perkara yang berhubungkait dengan teknologi maklumat.

Meningkatkan mutu perkhidmatan dan pengetahuan golongan pendidik dengan menggalakkan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi semasa proses P&P.

Melahirkan golongan pendidik yang celik komputer

TEMA
“ Guru Penggerak Ke arah Kejayaan Cemerlang ”